Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.
Saya doakan anda dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan, di dunia dan di akhirat. aamiin.
Kenapa saya bangkitkan soal Aku atau Saya?
Yang mana satu patut aku pakai sebagai kata ganti diri dalam entri blog ini? Saya atau aku?
Berdasarkan pendapat peribadi saya, penggunaan perkataan saya lebih lembut dalam pertuturan dengan sesiapa sahaja, tidak kira orang itu kita baru kenal atau telah lama kenal.
Bagaimana pula penggunaan aku?
Berdasarkan pendapat peribadi aku, penggunaan perkataan aku lebih mesra dan seolah-olah kita lebih rapat dengan seseorang yang kita berbual. Cuma pada awalan perkenalan, macam agak kasar pula.
Pernah dibangkitkan dalam khutbah jumaat suatu ketika dahulu, mempersoalkan kenapa dalam berdoa, 'aku' lebih banyak dibahasakan sebagai kata ganti diri kita. 'Aku' dalam berdoa, menggambarkan seolah-olah kita ni betul-betul rapat dengan Yang Maha Pencipta. Kita usah malu dalam berhajat, dan berdoa kepada-Nya. Minta aja! Doakan aja!
Keputusannya, nak guna yang mana satu? Aku atau Saya?
Mulai dari entri ini. Aku akan guna 'aku' sebagai kata ganti diri. Manakala, penggunaan 'saya' apabila ingin berbicara atau berdiskusi dengan anda semua.
Kerana aku ingin para pembaca blog ini rasa dekat dengan aku. Macam kawan karip. Dan apabila saya berbicara, saya akan berkongsikan pendapat dengan lemah-lembut dan sopan-santun.
InsyAllah.
Harap jika timbul persoalan kenapa aku guna 'aku' dan kenapa guna 'saya' sebagai kata ganti diri terjawab.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.
Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.
0 comments:
Post a Comment