This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Monday, December 08, 2014

[NECK - entri 1] Kalori, Jom Kenal, Jom Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda berjaya dan kaya. 

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini. 

Entri ini berceritakan tentang, Kalori. 

Terdetik untuk saya kongsikan tentang kalori setelah lebih seminggu saya dalam kembara cabaran aku nak kurus. Dan sudah pasti saya akan lakukan cabaran ini dengan mengambil suppliment Shaklee. 

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kepada Allah setelah seminggu dalam cabaran ini, saya telah berjaya turun berat badan dari 120KG ke 114KG. Drastik bukan? Walaupun dalam cabaran aku nak kurus, saya masih makan nasi. Ini bukan mitos tau!

Saya bermula dengan mengenali dan mencintai kalori.

Kalori atau dalam English, calorie

Adakah anda cakna atau anggap fakta kalori sebagai hiasan semata-mata?

Demi kehidupan yang sihat, kita perlu tahu kepentingan maklumat kalori. Macamana nak tahu kalau tak kenal kalori tu siapa ye dok? Jadi, jom kenal dan jom cinta kalori.

Sebelum saya kenalkan anda dengan kalori, tahukah anda fakta tentang kalori banyak tertera pada bungkusan makanan. Ada yang dicetak pada bahagian hadapan, dan ada juga di belakang bungkusan, dengan ruangan khas bertajuk seperti, Fakta Makanan, Maklumat Makanan, Nutritional Information, Nutritional Value, dan seangkatan dengannya. Antara contohnya, seperti gambar di bawah:

Contoh Maklumat Pemakanan pada bungkusan.

Jom berkenalan dengan Kalori

Kalori ialah suatu unit tenaga. Unit asas bagi kalori ialah kilo-calorie (kcal). Nilai kalori dalam sesebuah makanan wujud kerana kehadiran 3 unsur asas nutrisi, iaitu:
  • Karbohidrat (Carbohydrate), 
  • Protein, dan 
  • Lemak (Fat). 
Fakta mudah:
  • 1g Karbohidrat = 4kcal
  • 1g Protein = 4kcal
  • 1g Lemak = 9kcal 
Contoh mudah:
Sekiranya suatu makanan yang dilabelkan 'A' mengandungi 10g karbohidrat, 10g protein dan 10g lemak, maka jumlah kalori dalam makanan A ialah:
10g Karbohidrat = 40kcal
10g Protein = 40kcal
10g Lemak = 90kcal
Jumlah kalori makanan 'A' = 40kcal + 40kcal + 90kcal = 170kcal
Kehidupan seharian kita memerlukan kalori. Tanpa kalori, kita boleh dikatakan tidak bertenaga, atau lemau, dan mudah mengantuk. 

1kcal bersamaan 4184 joules. Joules ialah unit SI kerja atau tenaga, sama dengan kerja yang dilakukan oleh daya satu newton apabila suatu objek bergerak satu meter ke arah tindakan daya. Ceh wah, berfakta fizik pulak. Hehe.

Setiap pergerakan badan dan fungsi tubuh badan kita memerlukan tenaga. Tenaga ini disukat juga menggunakan unit kalori. Faham ke faham? 

Contoh mudah:
Kita akan menggunakan (atau membakar) kalori sebanyak:
  • 70kcal apabila kita berjalan selama 30 minit,
  • 110kcal apabila mengemas rumah selama 30 minit, atau
  • Ketika tidur juga kita membakar kalori untuk memastikan kita terus bernafas dan jantung kita terus-menerus mengepam darah keseluruh badan.
  • Senang cerita, semua aktiviti badan kita menggunakan kalori, termasuklah fungsi dalaman tubuh badan (yang tanpa kawalan kita) dan juga pergerakan yang kita lakukan.
Cuba bayang, kalau saya bersarapan dengan makan minum sebanyak 180kcal. Kemudian, saya bersiar-siar di taman dengan berjalan kaki selama 30 minit. Setelah sampai di rumah, saya mengemas pula selama 30 minit. Jadi saya telah menggunakan tenaga sebanyak 180kcal, bersamaan dengan kalori yang saya ambil ketika sarapan, iaitu 180kcal. Seolah-olah, saya tak makan langsung, ye dok?

Tapi apa akan terjadi sekiranya saya bergerak lebih dari itu? Itu pun belum ambil kira tenaga yang digunakan untuk bernafas dan lain-lain fungsi tubuh badan yang diluar kawalan kita. Jawapannya, ada dalam sub-topik seterusnya.

Dah Kenal. Jom Bercinta dengan Kalori

Anda berbadan ketak (sado)? Atau anda kurus? Biasa-biasa sahaja? Supermodel? Comel (chubby)? Berisi? Gempal? Gemuk? Terlampau obes? Atau apa sahaja label anda pada badan anda.

Namun, had kalori harian (Daily Calorie Requirement, DCR) kita berbeza, unik, dan bergantung pada faktor:
  • umur,
  • jantina,
  • berat badan (KG), dan 
  • ketinggian badan (CM).
Faham ke faham? 

DCR boleh diketahui dengan mengira kadar metabolisma asas (Basal Metabolic Rate, BMR). BMR ialah jumlah kalori asas yang diperlukan tubuh badan kita untuk fungsi yang diluar kawalan kita seperti bernafas, jantung berdegup, perut untuk proses makanan, dan sebagainya. 

BMR dan DCR boleh dikira dengan menggunakan formula Harris-Benedict seperti berikut:
Lelaki: BMR = 66 + (13.7 x KG) + (5 x CM) – (6.8 x UMUR)
Wanita: BMR = 655 + (9.6 x KG) + (1.8 x CM) – (4.7 x UMUR)
Dah dapat nilai BMR anda, nilai tu kena darab dengan ‘faktor aktiviti’ seperti berikut (pilih ikut keaktifan anda):
  • Tidak aktif (sedikit atau tiada senaman) = BMR x 1.2
  • Aktif (bersukan 1-3 hari seminggu) = BMR x 1.375
  • Agak aktif (bersukan 3-5 hari seminggu) = BMR x 1.55
  • Sangat aktif (bersukan 6-7 hari seminggu) = BMR x 1.725
  • Extra aktif (bersukan 2 kali sehari) = BMR x 1.9
Contoh BMR dan DCR 1:
Puan Mandir seorang wanita berumur 30 tahun, dengan ketinggian 167.6 cm, dan mempunyai berat 54.5 kg. Beliau bersukan 4 kali seminggu, maka:

BMR Puan Mandir = 655 + 523 + 302 – 141 = 1339 kcal sehari
DCR Puan Mandir = 1339 x 1.55 = 2075 kcal sehari

Contoh BMR dan DCR 2:
  • Sekarang, berat badan Puan Mandir 54.5KG dengan senaman 4 kali seminggu. Maka jumlah DCR harian yang dia perlu makan dan minum ialah 2075kcal, manakala BMR harian dia ialah 1339kcal.
  • Sekiranya setelah sebulan, berat badan Puan Mandir turun kepada 50KG dengan kurang bersenam sebab terlalu sibuk dan kurang makan. Tetapi dia gembira dengan berat badan dia. Maka jumlah DCR harian yang dia perlu makan dan minum ialah 1554.816kcal untuk kekalkan berat badan pada 50KG, manakala BMR harian dia ialah 1295.68kcal.

Cara Mudah untuk Kira BMR dan DCR

Anda boleh google sebarang kalkulator untuk kirakan BMR dan DCR anda.

Antara yang saya boleh cadangkan ialah kalkulator di blog SusuSejat dot com (klik di sini), terletak di sebelah kanan blog berkenaan, pada pilihan 'Keperluan KALORI'. Akan tetapi kalkulator berkenaan menggunakan formula Mifflin dan bukannya formula Harris-Benedict.

Perbezaan hasil kiraan antara kedua-dua formula, boleh dianggap offset yang boleh diterima.
Contoh Kalkulator BMR dan DCR di blog SusuSejat dot Com.

Ketahui indeks jisim badan anda (Body Mass Index, BMI)

BMI anda ialah ukuran berat badan anda berdasarkan ketinggian, berat badan dan jantina anda. 

BMI adalah skala yang berguna untuk menganggar berat badan yang sihat untuk diri anda. 

Nombor BMI anda akan memberitahu anda jika anda kurang berat badan, berat badan normal, berat badan berlebihan, atau obes. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kepelbagaian jenis badan, pengagihan otot dan tulang, dan lain-lain, BMI tidak sesuai untuk digunakan ini sebagai petunjuk dan diagnosis penyakit.

Anda boleh semak BMI anda dengan klik di sini.

Contoh Kalkulator BMI di pautan link di atas.

Macamana nak turunkan berat badan dengan maklumat BMR dan DCR?

Sekarang dah kenal dan cinta kalori kan? Bagus!

Selamat mengira BMR dan DCR anda. Cari berat badan unggul anda berdasarkan maklumat nombor BMI.
Selamat Mengira BMR dan DCR Anda.

Kalau perasan, saya dah berikan sedikit idea macamana nak kuruskan badan dengan maklumat BMR dan DCR serta BMI.

Selain itu, saya turut kongsikan sedikit maklumat berkaitan dalam entri pertama cabaran aku nak kurus.


Jom kuruskan badan dengan sihat bersama saya.
Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan.
Saya akan bantu anda untuk kurus.

Jika anda dapatkan set kurus anda dengan saya,
anda berpeluang untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma.

Anda boleh hubungi saya, Afham Rusli dengan cara pilihan anda:
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham-Rusli

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini. 

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan. 






















Sunday, December 07, 2014

[NECK - entri 0] Apa itu NECK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya doakan anda berjaya dan kaya. 

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini. 

Entri ini berceritakan tentang, NECK. 

Pasti anda tertanya-tanya apa itu NECK? NECK ni bukan leher tau.

Maksud NECK

NECK ialah singkatan kepada Now Everyone Can Kurus.

Cabaran aku nak kurus bermula dengan pelbagai nama kumpulan. Sekarang, sifu kurus dah buat keputusan untuk menggunakan nama NECK sebagai nama rasmi kumpulan kurus ini.

Peranan NECK

Cabaran aku nak kurus mempunyai matlamat dan peranan yang sama dengan neck, iaitu:

  • Khidmat coaching kurus secara sihat disamping pengambilan suppliment Shaklee yang terbukti membantu dalam menguruskan badan dengan cepat.
  • Kumpulan sokongan secara perkongsian cas positif dengan motivasi yang hebat.
  • Khidmat nasihat, perbincangan, konsultasi, dan tegur-menegur sesama ahli untuk kurus dengan lebih efektif berbanding kurus seorang diri.
  • Perkongsian senaman yang efektif untuk membantu kuruskan badan dan membina otot.
  • Segala aktiviti dilakukan secara atas talian (online) dan efektif.

(Penafian: Perkongsian berkaitan peranan NECK, hanya olahan dari saya sendiri dan tiada kena mengena secara langsung atau tidak langsung dengan pemilik asal NECK)


Jom sama-sama kurus dan dapat kawal berat badan!
Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan.
Saya akan bantu anda untuk kurus.

Jika anda dapatkan set kurus anda dengan saya,
anda berpeluang untuk dapatkan konsultasi berterusan secara percuma.

Anda boleh hubungi saya, Afham Rusli dengan cara pilihan anda:
SMS/Call/Whatsapp/Telegram : 013-624 2598
Email : afhamrusli@gmail.com
Facebook : Afham Rusli
Facebook page : Afham-Rusli

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini. 

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan. 


Tuesday, November 25, 2014

Aku atau Saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.

Saya doakan anda dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan, di dunia dan di akhirat. aamiin.

Kenapa saya bangkitkan soal Aku atau Saya?



Yang mana satu patut aku pakai sebagai kata ganti diri dalam entri blog ini? Saya atau aku?

Berdasarkan pendapat peribadi saya, penggunaan perkataan saya lebih lembut dalam pertuturan dengan sesiapa sahaja, tidak kira orang itu kita baru kenal atau telah lama kenal.

Bagaimana pula penggunaan aku?
Berdasarkan pendapat peribadi aku, penggunaan perkataan aku lebih mesra dan seolah-olah kita lebih rapat dengan seseorang yang kita berbual. Cuma pada awalan perkenalan, macam agak kasar pula.

Pernah dibangkitkan dalam khutbah jumaat suatu ketika dahulu, mempersoalkan kenapa dalam berdoa, 'aku' lebih banyak dibahasakan sebagai kata ganti diri kita. 'Aku' dalam berdoa, menggambarkan seolah-olah kita ni betul-betul rapat dengan Yang Maha Pencipta. Kita usah malu dalam berhajat, dan berdoa kepada-Nya. Minta aja! Doakan aja!

Keputusannya, nak guna yang mana satu? Aku atau Saya?

Mulai dari entri ini. Aku akan guna 'aku' sebagai kata ganti diri. Manakala, penggunaan 'saya' apabila ingin berbicara atau berdiskusi dengan anda semua.

Kerana aku ingin para pembaca blog ini rasa dekat dengan aku. Macam kawan karip. Dan apabila saya berbicara, saya akan berkongsikan pendapat dengan lemah-lembut dan sopan-santun.
InsyAllah.

Harap jika timbul persoalan kenapa aku guna 'aku' dan kenapa guna 'saya' sebagai kata ganti diri terjawab.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.


Mitos atau Realiti, Makan Nasi Boleh Kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi singgah untuk membaca entri ini.

Saya doakan anda dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya sekarang ini, sedang menjalani program untuk kurus secara berperingkat dengan bantuan personal coach kurus saya, Mohd Firdaus bin Mat Saad. Beliau yang sudah terbukti berjaya menguruskan badan dengan menggunakan method khas yang beliau amalkan.

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda info tentang NASI.


Nak diet atau nak kurus kena makan nasi!

Sungguh sarkastik entri berkaitan nasi di blog SusuSejat dot Com. Saya sharekan sikit ya:
Pelayan (Mamak): Nasi bos? Nasi.. mau nasi ka?
Pian Lembah Keramat: Tak mau la macha.. aku dah gemuk ni.
Pelayan (Mamak): Saya nasi pun ada makan, badan ok juga.
Pian Lembah Keramat: Ko lain la chaa.. kerja hari-hari teruk macam separuh mampus. Ketiak pun dah busuk hangit pasal makan bawang banyak sangat.
Pelayan (Mamak): Tapi saya makan nasi pun ada banyak apa, ini macam punya banyak (buat isyarat meladung seperti bukit)
Pian Lembah Keramat: Dah dah, bagi aku teh tarik, dengan roti telur, kuah BANJIR. Nasi tak mau, nak DIET.
Susu Sejat: Aku amat berharap orang seperti Pian Lembah Keramat dapat baca blog aku. Bagi insaf sikit. Kesian, masih diperbodohkan oleh mitos.
Namun mesejnya tetap ada. Anda nak kena makan nasi untuk diet seimbang.

Piramid Makanan

Perhatikan di mana kedudukan nasi dalam rajah Piramid Makanan di atas. Nasi berada pada ruang paling besar sebaris dengan mee, roti, bijirin, dan ubi.

Kenapa perlu makan nasi?

Saya pasti anda semua pun fikir kalau say no to rice kita boleh kurus. Saya pun fikir macam tu juga suatu ketika dulu.

Namun, kini saya faham, ilmu saya cetek bab-bab pemakanan untuk kesihatan. Nasi memang perlu dalam kesihatan.

Antara sumber karbohidrat (ialah nasi), sumber protein (ialah lauk seperti ayam,ikan dan daging), dan sumber alkaline (ialah sayur-sayuran). Ketiga-tiga sumber ini saling diperlukan dalam diet harian kita.

Badan kita perlukan protein untuk pembesaran dan penghasilan semula sel-sel dan otot-otot yang rosak akibat aktiviti harian. Bagaimanapun, dalam proses pencernaan, protein paling lambat cerna. Bagi mempercepatkan pembakaran protein, tubuh kita perlukan karbohidrat. Kerana karbohidrat senang diperoses kepada tenaga dan haba. Namun, pengambilan protein menghasilkan asid dalam badan akibat tindak balas proses penukaran protein untuk pembesaran. Untuk meneutralkan asid tersebut, badan kita perlukan sayur-sayuran kerana ianya bersifat alkaline.

Kalau anda betul-betul nak diet, amalkan la pemakanan yang seimbang. Cukup nutrisi untuk keperluan kita seharian.

Nasihat oleh salah seorang kawan saya:
"Kita makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan."

Belajar kira kalori masuk (pemakanan) dan kalori keluar dari badan.

Terima kasih kepada Sifu Firdaus kerana berkongsikan blog SusuSejat dot Com untuk tatapan ilmiah saya bagi membantu saya faham tentang diet seimbang dan cara untuk kuruskan badan. 

Bagaimanapun, ilmu tanpa mentor bagaikan bagi budak kecik buku ABC tanpa guru untuk ajarnya yang mana satu 'A', 'B', 'C', sampai 'Z'. 
Nak tahu siapa mentor saya?
Mentor saya siapa lagi, mestilah Sifu Firdaus.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda membaca entri ini.

Tolong jangan copy & paste entri ini, melainkan anda rasa entri ini ialah ilmu yang berguna untuk dikongsikan.